home profile affiliates FOLLOW
Stay Strong ♥

Perasaan bodohTuesday, 12 March 2013 leave me ♥?

Fikiran aku berkecamuk. Aku tertanya-tanya pada diri aku sendiri tebtang perasaan yg semakin menyesakkan dada aku. Aku jadi tak keruan. Tak mampu untuk mentafsirkannya.

Kenapa dengan diri aku? Perasaan aku? Setelah aku lihat kejayaan yg telah dia kecapi hari ni, aku merasakan sesuatu. Aku bangga. Namun disebalik kebanggaan ni aku merasa sedih. Sedih yang teramat. Aku tak faham. Langsung. Entah.

Tak mungkin aku nak salahkan takdir. Kenapa aku bukak facebook dan nampak dia dekat news feed aku. Aku tak tahulah kalau facebook ni memang saje nak tunjuk kat aku sebab aku selalu stalker dia. Tapi rasa macam perasaan ni sedih sayu sangat.

Dah seminggu lebih aku mendiamkan diri. Mungkin lebih dari itu aku akan mendiamkan diri. Sebulan atau setahun ataupun mungkin selamanya. Aku tak mahu dicop sebagai perempuan yang mencari timba. Aku jadi macam ni sebab aku tak mahu ganggu dia dan aku kecik hati dengan dia. Sungguh. Sejak dari perbualan hari tu. Aku terasa dengan setiap bait2 ayat dia.

Kenapa aku sedih? Entahlah aku tak mampu berada di sisi dia di saat dia meraih kejayaan itu. Mungkin. Dia membiarkan aku senyap tanpa bertanyakan khabar dia lagi. Dia lebih bahagia bila aku tak mengganggu dia lagi. Ok dah mula sebak balik... haha bengong jangan nangis lagi boleh tak?!

Aku solat tadi, aku berdoa sangat Allah berikan aku kekuatan dalam mengharungi dugaan yg bagi aku sangat berat ni. Hapuskanlah perasaan cinta ni daripada terus menjerat hati aku. Hapuskan perasaan ini terhadap dia. Aku tak mampu bertahan dengan hanya memendam rasa sendirian. Aku tak kuat ya Allah. Aku cuma hambaMu yg hina dan penuh dengan dosa. Namun aku tahu hanya Engkaulah yg satu yg dapat membantu memberikan aku kekuatan ketika ini.

tahniah atas pencapaian kau sekarang Adib. Aku bangga. Tak sangka. Allah pertemukan kita walaupun singkat dan seketika, banyak hikmahnya.. Allah menguji aku untuk menjadi lebih tabah dan kuat untuk melawan perasaan bodoh ini. Aku cuba... untuk lupakan kau. Sepertimana kau lupakan aku.

posted from Bloggeroid



NEWER
PAST