home profile affiliates FOLLOW
Stay Strong ♥

Kawan.. :'(Monday, 4 March 2013 leave me ♥?

Tadi aku call adib. Sekarang aku dah boleh rasa perubahan yang berlaku dalam diri dia. Dia dah tak macam dulu lagi. Sumpah dah lain sangat.

Daripada cara layanan dia. Aku terasa sangat. Dia cuma anggap aku macam kawan perempuan dia yang lain. Dah tak special lagi dah. Hmmm..

Mmg tadi aku saja nak uji dia tapi memang ternyata yang dia dah move on dengan cara dia sendiri. aku tahan sebak. Aku cuma nak dia jadi kawan yg special utk aku tapi bukan macam boyfriend. Yg selalu ada untuk mendengar, beri nasihat dan kata2 semangat untuk aku. Sebelum ni memang aku anggap dia teman tapi mesra aku tapi sekarang dah tak lagi.

Mungkin dia fobia. Dia pernah cakap dengan aku yang hati dia nak balik dengan aku, tapi aku kecewakan dia masa tu. Sumpah aku tak terniat pun nak buat dia macam tu. Ya Allah ape yg aku dah buat ni kenapa aku sia2 kan peluang yg ade depan mata aku selama ni.

Aku nak dia yang dulu... tolonglah... kembalikan Adib aku yang dulu yang sentiasa memahami keadaan aku, sentiasa ceriakan aku, buat aku tersenyum, beri nasihat... boleh tak? Hmmm

Semuanya memang salah aku. Ya salah aku. Aku yg tak pernah nak cuba fahami dia. Kenapalah hati ni terasa sangat dengan setiap kata2 dia tadi. Sumpah aku terasa macam diri aku ni bodoh terhegeh2 dengan dia. Rasa macam nak bunuh diri pon ade nih. Nasib lah aku ade iman lagi ni.

Mungkin ini balasan yang sepatutnya aku terima. Terima kasih ya Allah. Mungkin ini ujian untuk aku lebih tabah dan kuat dalam menghadapi dugaanMu. Aku terima dengan hati yang terbuka.

Sepanjang perbualan aku tadi berbeza dengan perbualan aku dengan dia semalam.. dah takde lagi senyuman yang meleret di bibir aku selepas aku dengar suara dia. Hanya hati yang hampa. Aku cuba senyum namun pahit. Tiada manisnya lagi. Aku patut teruskan hidup ni tanpa berharap yang dia akan menceriakan hari2 aku lagi. Semua dah hilang. Aku cuma mengharapkan cinta yang tak berbalas. Entahlah.

Aku dab cuba berdoa, patut ke aku lupakan dia. Tapi perasaan aku ni makin kuat merindukan dia. Dialah satu2nya lelaki yang aku harapkan yang boleh ubah hidup aku. Tapi ternyata salah. Mungkin aku takde jodoh dengan dia. Kuatlah wahai hati. Berhentilah berharap sesuatu yang tidak pasti. Get a life and stop be a dreamer!

posted from Bloggeroid



NEWER
PAST