home profile affiliates FOLLOW
Stay Strong ♥

Tired Friday, 19 April 2013 leave me ♥?

Assalamualaikum..


lately ni banyak benda yang memeningkan kepala aku. terutama sekali kerja kursus yang tersangat annoying tu. ada je benda yang tak kene. di saat aku macam ni hati aku menjerit nama dia. kenapa mesti dia? kenapa?! puas aku buat macam2 cara nak lupekan dia tapi sungguh tak boleh. aku memang tak boleh lupakan dia. tak tahu lah sampai bila :(

perasaan ni betul2 menyesakkan kepala otak aku. puas aku mengharap tapi apa yang aku dapat? nothing. dia sekarang macam nak jauhkan diri daripada aku. yelah aku tahu aku ni sape je bagi dia. tak layak pun. hmm. walau banyak kali pun aku cakap macam ni, aku masih mengharapkan dia :(

penat lah. tahu tak erti penat? sakit dan terus sakit. dan kau takkan mengerti. dia boleh move on, tapi aku tak. bodohnya aku. kenapalah perasaan ni masih wujud? aku dah puas berdoa, kalau dia jodoh aku kau dekatkanlah aku dengan dia, tapi kalau bukan, jauhkanlah dan hapuskan perasaan ni. aku tak mahu terseksa lagi. aku pun nak bahagia juga :(

aku hanya mampu memiliki dia dalam mimpi. hanya dalam mimpi. aku rasa macam nak hidup dalam mimpi lagi baik daripada realiti. biarlah aku ciptakan sendiri kebahagiaan aku. kehidupan realiti ni membunuh aku. aku tak mampu nak menghadapainya tanpa dia di sisi aku. aku perlukan dia... :(

setiap hari dia tetap ada dalam ingatan aku. tak pernah lupa. walaupun dari bangun tidur dan sebelum tidur. aku merindui dia. kenapa mesti aku rindu dia? hmm.. tolonglah aku dah tak mampu lagi untuk bertahan menahan perasaan ni. aku macam.. seolah2, bercinta dengan bayangan dia je.

aku dah cuba nak lupekan dia, sungguh. tapi sukar sangat. setiap hari ade je benda yang mengingatkan aku kepada dia. dia mesti tak macam aku. sape je aku ni bagi dia. dia lebih layak dapat perempuan yang lebih cantik dan baik daripada aku. tapi aku tak sanggup tengok dia bahagia dengan orang lain...! :'(


I wish that I could stop loving you so much
Cause I'm the only one that's trying to keep us together
When all of the signs say that I should forget him :'(


NEWER
PAST