| His voice | Wednesday, 20 February 2013 | leave me ♥? |
Assalamualaikum ♥

semalam dapat dengar suara dia.. hihi.. Ya Allah dapat jugaklah aku lepaskan rindu dendam terhadap dia. haha..
kalau dia mesej atau call, aku dah buat special ringtone untuk dia. biar aku dapat tahu dia yang contact aku. hihi.. semalam bila dapat dengar text ringtone dia, aku terus tersenyum lebar. hahaa (dalam hati rasa nak menjerit je!)
rupanya dia buat call-me-back. aku pon ape lagi terus call dia tanpa berfikir panjang. suara dia menggetarkan hati aku. kerana suara dia aku tergoda. (chewah!) entahlah aku rasa suara dia romantik sangat. bila aku dengar sejuk je hati ni. cara percakapan dia pun cool je. tenang.
salah satu sebab aku suka dia sebab suara dia. terasa melting bila dengar. masa aku couple dengan adib dulu, aku memang suka otp dengan dia. lepas balik keje, aku mesti topup sebab nak buat super saver nak call dia. dari situlah aku dapat kenal dia lagi rapat.
dia pun pernah jugak buat super saver, tapi aku yang lebih suka offer diri aku nak otp dengan dia. kalau tak sehari dengar suara dia dulu boleh demam woo. macam tu sekali penangan cinta aku terhadap adib.
pernah sekali aku call dia tapi aku senyap. kenapa aku senyap? rupanya aku tak sedar yang aku tertidur. haha. sumpah tak perasan. dia cakap aku senyap je, mesti dah tido. dia pun cakap lah sorang2 cakap good night and etc.. (aku tak tahu sebab aku dah tido) masa tu mungkin penat sangat kot.. terasa kelakar je aku call dia tapi aku tertidur.. kuang kuang...
kalau aku otp dengan dia memang lambat waktu tidur aku. tidur pun tak tentu, kadang2 pukul 3, 4, 5 sampai pernah dah azan subuh. haha.. lepas azan subuh tu stop lah. aku tak tahu kenapa kalau aku call dia aku suka sangat berborak dengan dia lama2. pemikiran dia matang. kalau ada pape, aku suka mengadu dengan dia. nanti mestilah dia nasihatkan aku dengan baik, dia cuba happy kan aku dan yang paling seronok sekali bila dapat dengar dia nyanyi untuk aku. hahaa.. best tau!
biarlah suara dia tak sesedap suara Harry Styles, Zayn Malik, Liam Payne, Niall Horan atau Louis Tomlinson sekalipun, bagi aku suara dia memang sedap, sesedap suara suami2 aku tu One Direction.. haha..
lagu yang paling aku suka dengar dia nyanyi "Terukir di Bintang" our song.. aku pernah berduet dengan dia. haha. indah sangat waktu tu. tapi sekarang aku dah tak dapat dengar dia menyanyi lagi untuk aku.
masa kami bersama, kalau aku merajuk aku suka buli dia. aku suruh dia nyanyi. dia pun nyanyilah.... haha kesian dia. macam2 cara dia pujuk aku. lumrah lah perempuan memang suka merajuk2 ni sebab dia nak tarik perhatian boyfriend dia je. tapi kalau dia pujuk memang sweet. rindunya waktu tu :')
you, sekarang ni i rasa rindu giler nak contact dengan you macam dulu. your call, message.. i miss everything... can we go back to our memories and never go to the future? i wish i could :(

